Monday, June 28, 2010

UPSR - PMR - SPM

Cadangan pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR di negara ini telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada semua lapisan warganegara Malaysia. Termasuklah diri saya sendiri. Secara peribadi, saya masih kabur dan sedang berusaha untuk memahami maksud tersirat di sebalik cadangan YB Menteri Pelajaran Malaysia sejak dua minggu yang lalu.

Jika diimbas kembali kenangan zaman persekolahan dahulu, saya dan sudah tentulah anda yang dilahirkan sekitar tahun 1960an, mengalami suasana persekolahan yang begitu indah untuk dikenang. Ketika itu tiada buku-buku yang tebal dan bersaiz besar dipikul hari-hari ke sekolah. Cukup buku latihan dan bekalan air kopi bersama nasi goreng kosong. Tiada komputer, tiada 'handphone' apa lagi alat yang dipanggil MP3. Sungguh canggih anak-anak sekolah pada hari ini.

Sungguhpun dahulu tiada peralatan canggih, namun sistem persekolahan tetap mewajibkan lulus peperiksaan. Saya masih ingat, dahulu kalau tidak lulus peperiksaan penggal 2, pelajar tersebut tidak akan naik kelas atau berubah ke darjah yang lain. Dahulu ibu bapa tidak marah dan hairan jika anaknya yang gagal peperiksaan,masih kekal darjah satu sedangkan sepatutnya berubah ke darjah yang lebih tinggi.

Hari ini sungguh mudah untuk naik ke tahap kelas yang lebih tinggi. Lulus atau gagal dalam peperiksaan semester, tetap akan berpindah ke kelas baharu. Jika keputusan peperiksaan tidak menghalang pelajar itu naik ke kelas yang lebih tinggi, maka sebenarnya peperiksaan tersebut tidak membawa kepentingan yang dapat dihargai oleh ibu bapa dan anak-anak khususnya yang berada di luar bandar.

Berbeza dengan pemikiran para ibu bapa yang berada di bandar. Kecemerlangan akademik adalah sesuatu yang wajib. Keputusan peperiksaan mesti semua atau banyak dapat Gred A.
Akhirnya mentaliti 'exam orientate' bercambah dengan pantas dalam kehidupan masyarakat bandar. Keinginan dan persaingan dalam mengecapi kehidupan yang menyeronokan, dengan gaji yang lumayan, kereta sport, hiburan berpanjangan, telah mendorong manusia bandar berlumba-lumba untuk meningkatkan taraf pendidikan.

Sekitar tahun 1970an dan 1980an, individu yang mempunyai pelajaran tinggi (memiliki Ijazah) begitu mudah mendapat pekerjaan khusunya dalam sektor kerajaan. Maka persepsi bahawa pelajaran yang tinggi akan memudahkan mencari pekerjaan begitu kuat tertanam ke dalam minda sehingga ke hari ini. ....bersambung esok.

No comments:

Post a Comment