Monday, June 14, 2010

Tidur Makan Tengok Bola


Selama satu bulan bermula pada 11 Jun hingga 11 Julai 2010, semua peminat bola sepak akan tidur makan tengok bola. Kali ini Afrika Selatan menjadi gelanggang pertarungan bintang-bintang bola sepak dari seluruh dunia. Pasukan pilihan untuk merangkul piala dunia 2010 bukan lagi milik mutlak pasukan Brazil. Ramai pemerhati bola sepak meramalkan edisi yang ke 19 ini akan menjadi milik pasukan Sepanyol, Argentina, Jerman dan juga England. Pasukan dari benua Afrika seperti Ghana, Ivory Coast dan tuan rumah Afrika Selatan tidak harus diketepikan untuk mencipta kejutan. Begitu juga pasukan Korea Selatan dan Jepun pernah menjadi tuan rumah bersama pada tahun 2002. Paling membanggakan ialah pasukan Korea Selatan yang dibarisi oleh pemain hebat Park Ji Sung, pemain Asia yang telah banyak mengecapi kejayaan bersama pasukan Manchester United. Jom kita sama-sama saksikan kemeriahan World Cup 2010.

No comments:

Post a Comment