Wednesday, December 7, 2011

Awas! Jangan Jadi Keldai Dadah


Keldai dadah merujuk kepada seseorang yang secara rela atau diperdaya untuk menjadi kurier, membawa dadah atau barang seludup ke negara lain. Taktik ini mengurangkan risiko pengedar/penyeludup dadah itu ditangkap. Kaedah penyeludupan temasuklah menyembunyikan barang dalam kenderaan, bagasi atau pakaian, mengikat pada badan, ataupun dengan menelannya.

Taktik Operasi

Bekalan dadah diambil dari Argentina dan Sepanyol dan diseludupkan ke negara ketiga. Kos membawa dadah dari Argentina ke Peru lebih murah. Hukuman hanya dipenjara 8 tahun di Peru , berbanding di Malaysia akan digantung mandatori. Mereka menggunakan dokumen dan pasport sah dengan alasan melancong , bekerja di luar negara atau melanjutkan pengajian atau diperdaya dengan tawaran percutian percuma .Sindiket akan memberi tiket sehala, menggunakan penerbangan terus ke negara transit. Mereka rela diperalatkan untuk mengejar kemewahan.

Sindiket penjenayah antarabangsa akan menggunakan laman sosial di internet untuk memperdaya wanita muda menjadi keldai dadah di Asia.Siasatan Lembaga Kawalan Narkotik Antarabangsa (INCB) mendapati sasaran utama ialah wanita dari Malaysia, Singapura , Asia Tenggara dan Asia Timur. Wanita berusia 20-30an yang tidak mempunyai rekod jenayah dan menganggur atau bekerja dalam bidang perkeranian, jualan dan perkhidmatan amat sesuai dijadikan keldai dadah.

Wanita Malaysia termasuk pelajar IPT terjebak dengan cinta warga asing terutama dari Afrika dan Iran. Pada 2006,rekod Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman mendapati 31 rakyat Malaysia termasuk 4 wanita ditahan polis negara asing kerana kesalahan mengedar dadah. Antara Januari-Mac 2008, seramai 9 rakyat Malaysia ditahan kerana mengedar dadah di luar negara. Mereka didapati mudah terjerat dengan cinta 'jejaka Lombok', 'Pak Arab' dan terkini penangan cinta 'Pak hitam'.


Sumber : wikipedia

1 comment:

  1. Sepatutnya pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh pihak media dapat menyedarkan gadis2 Malaysia yang sering diperalatkan....

    ReplyDelete