Internet Adalah Medium Pengetahuan Masa Kini

Wednesday, July 17, 2013

Pemimpin Politik dan Budaya Suka Menghina

Suatu ketika dahulu peribahasa "Guru kencing berdiri, Murid kencing berlari" sinonim dengan gambaran yang merujuk kepada perbuatan atau tingkahlaku guru yang menjadi ikutan murid-muridnya. Apa saja perbuatan yang tidak baik oleh para guru akan menjadi perumpamaan apabila terdapat kes murid sekolah melakukan kesalahan disiplin atau jenayah juvana. Ibu bapa sering menuding jari kepada pihak guru jika anak-anak mereka terlibat dengan gejala buli di sekolah. Kononnya pihak pengurusan sekolah tidak bersikap tegas terhadap murid-murid yang nakal. Maka terjadilah "bangau oh bangau". Masing-masing pihak tidak menerima kelemahan diri. Dalam kes apa yang saya panggil "Budaya suka menghina" yang kini semakin berleluasa di negara ini, adalah hasil pemikiran dan tingkahlaku yang ditunjukkan oleh segelintir pemimpin politik sejak kebelakangan ini. Saya yakin dan anda tentu pernah melihat laporan media massa yang menunjukkan perbuatan pemimpin politik yang memijak gambar pemimpin lain. Perbuatan ini pula sengaja dirakam dengan aksi wajah yang tersenyum puas, sambil menunjukkan isyarat tangan "bagus" atau "goods"dan sebagainya. Begitu juga ketika aktiviti berkempen dilakukan, terutamanya bila ada pilihan raya. Mereka tanpa segan dan bimbang ucapan yang menghina serta suka memburuk-burukkan calon yang bertanding akan menjadi ikutan orang yang mendengar. Sudah tentu selain orang dewasa, anak-anak muda yang masih belum layak mengundi turut hadir mendengar ucapan pemimpin politik yang disokong oleh ibu bapa mereka. Kemudian apabila timbul kemarahan di pihak yang lain, maka perbuatan yang lazimnya dilakukan oleh pemimpin politik yang kurang ajar ini ialah "memohon maaf". Adakah dengan ucapan "Saya mohon maaf atas perbuatan saya yang tidak disengajakan" sudah cukup untuk menyelesaikan masalah. Kalau budaya ini berterusan, maka saya yakin anak-anak muda akan bertambah kurang ajar dan mereka tidak akan segan silu serta takut melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan hubungan kaum di negara ini. Buat dulu, kemudian minta maaf. Hina dahulu kemudian minta maaf..selesai. Apa..kau ingat ini negara ISKETAMBOLA atau negara PASIR DUA BUTIR. Janganlah jadi Menteri FaSoLa. 

No comments:

Post a Comment