Wednesday, March 10, 2010

STPM 2009

Ucapan tahniah kepada pelajar-pelajar saya yang berjaya memperoleh
keputusan cemerlang peperiksaan STPM 2009. Pastinya anda sangat gembira
pada waktu ini, kerana segala usaha dan kerajinan anda belajar sepanjang
tahun 2009, telah terbukti dengan kejayaan yang anda miliki. Jangan lupa kepada
mereka yang menyumbang kepada kejayaan anda. Ucapan terima kasih adalah hadiah
yang sangat tinggi nilainya jika dibandingkan dengan wang ringgit. Syabas!! semoga
anda berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat UNIVERSITI. Perjalanan anda masih
jauh lagi. Tempoh 3-4 tahun akan datang perlu dihadapi dengan azam yang kuat, kerana
tiada gunnya anda belajar di Universiti jika hanya untuk mendapatkan segulung Ijazah
yang setaraf dengan STPM.

Tuesday, January 19, 2010

Kenapa bah! belum berubah!

Jika dihitung-hitung umumnya ramai di kalangan kita tahu bahawa sudah lebih 50 tahun negara
kita mencapai kemerdekaan. Kalau umur manusia, kira sudah dewasa dan matang. Tapi adakah pengurusan sistem persekolahan di negara ini, sudah berubah ke arah pengurusan yang bertambah maju ke hadapan, atau bertambah mundur ke belakang. Sejak tahun 1970-an dan sehingga ke hari ini, tahap pengurusan sistem persekolahan di negara ini masih perlahan dan tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa ianya masih jauh ketinggalan.

Antara perkara yang sudah lama dicadangkan tetapi belum dilaksanakan malah belum profesional pelaksanaannya.

1. Pengurusan kegiatan kokurikulum.
= Masih ramai guru yang belum mempunyai kepakaran tinggi dalam bidang kejurulatihan.
= Masih ramai guru yang tidak minat mengurus aktiviti kokurikulum.
= Penganjuran aktiviti sukan tidak mencapai standard negara maju.

2. Penempatan guru-guru sains sukan.
= Kebanyakan guru-guru yang baharu posting bukan opsyen sains sukan.

3. Nasib mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
= dianggap mata pelajaran tidak penting oleh kebanyakan sekolah luar bandar kerana
masalah padang dan kurangnya kelengkapan alat permaianan.
= ada pentadbir sekolah yang sanggup mengganti mata pelajaran PJK dengan mata pelajaran
lain demi untuk meningkatkan peratus lulus peperiksaan awam.
= guru mengajar bukan opsyen PJK, akibatnya ramai yang mengajar secara PJJ.

4. Penyalahgunaan wang oleh pegawai yang dilantik ( Pentadbir sekolah, pentadbir PPD)

Friday, January 15, 2010

Guru Akademik Tingkatan Enam

A. Interaksi Dalam Bilik Darjah ( Interaksi dengan Pelajar )

1. Akademik (16 hingga 24 jumlah waktu mengajar seminggu )
2. Kokurikulum ( 2 waktu seminggu )
3. Penyelidikan / Konsultasi ( 2 waktu seminggu )
4. Kolkium ( 2 waktu seminggu )

B> Tugas Luar Bilik Darjah ( Tanpa Interaksi dengan Pelajar )

1. Persediaan / Lesson plan ( 4 waktu seminggu )
2. Penyelidikan ( 3 waktu seminggu )
3. Penilaian dan Pentaksiran ( 6 waktu seminggu )
4. Penggubalan Item ( 2 waktu seminggu )

Sumber : KPM

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Pejam celik rupa-rupanya hari ini sudah tahun baru 2010. Sekejap saja tahun 2009 kita tinggalkan. Ops!! yang sebenarnya bukan tahun 2009 yang kita tinggalkan, tapi tahun 2009 yang telah berlalu meninggalkan kita semua. Dunia-dunia,,perjalanan hidup selama 365 hari dalam setahun begitu cepat berlalu. Kini kita berada di Tahun 2010,bermakna dalam tempoh 365 hari lagi kita juga akan menyambut tahun 2011. Begitulah rutin kehidupan manusia pada akhir-akhir ini. Semuanya seronok bila detik 12 tgh malam 31 Disember diraikan dengan suasana yang penuh gembira. Ada bunga api pula tu. Ish!...ish! syoknya hidup di bumi Malaysia. Aman damai...tenang...selamat untuk berpesta. Pada malam yang sama (Malam tadi) berlaku kejadian alam yang jarang kita hayati iaitu "Gerhana Bulan". "Subahanallah" Maha Suci Allah. Semoga tahun 2010 menerima banyak rahmat daripada Allah s.w.t. Amin! Sebagai manusia yang dijadikan oleh Allah s.w.t kita harus bersyukur kepadaNYA kerana sehingga hari ini bumi belum menemui hari kehancuran yang amat dahsyat. Buatlah perkara yang baik. Berbaik-baik sesama manusia tidak kira kaum dan agama. Jom! kita jayakan misi 1 Malaysia.

Wednesday, December 16, 2009

Apabila Facebook Menguasai Dunia





Oleh JOHARDY IBRAHIM


AFILA dan Azira, masing-masingnya berusia 23 dan 20 tahun mungkin gelihati bila mendapati 'akhirnya' pak usu mereka menyertai laman sosial interaktif, Facebook pada April lalu iaitu pada tahun kelima kewujudan Facebook. Ini kerana hanya beberapa minggu sebelum itu, bapa saudara mereka ini 'sibuk menasihati' mereka supaya berhati-hati di alam maya dan tidak mendedahkan identiti diri.
Faktor kedua mendorong penulis menyertai Facebook ialah kerana 'dipujuk-paksa' oleh rakan yang enggan menghantar gambar kami di Phuket menggunakan e-mel, sebaliknya meminta mengambilnya dari akaun Facebook miliknya.
Maka penulis pun membuka akaun Facebook. Dan jika anda pun baru menyertai Facebook dalam waktu yang bersamaan dengannya, ketahuilah kita membentuk 350 juta pengguna Facebook di seluruh dunia sekarang ini.
Angka luar biasa besar itu yang diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas Facebook, Mark Zuckerberg pada 1 Disember lalu, tidaklah memeranjatkan kerana minat untuk memiliki akaun Facebook sudah menjadi fenomena di mana-mana.
Meskipun mendapat saingan daripada beberapa rangkaian sosial lain seperti Friendster dan Twitter, sekurang-kurangnya di Malaysia Facebook kekal teratas sebagai pilihan utama.
Menurut mashable.com, Facebook mencatat sekurang-kurangnya 500,000 pengguna setiap hari. Ini kerana untuk menjadi pengguna adalah cukup mudah dan percuma.
Banyak juga kelebihan yang boleh diperoleh daripada Facebook seperti menemukan kembali rakan-rakan sekolah yang berdekad lamanya terpisah, menyambung persahabatan dan membuat kawan baru, walaupun penulis menolak beberapa permintaan bila mendapati mereka lahir sebelum 1991.
Bertentangan dengan tanggapan sesetengah pihak bahawa Facebook hanyalah satu daripada bentuk permainan Internet yang melekakan, ia kini diguna secara meluas untuk tujuan komersial bagi sektor perniagaan dan platform propaganda bagi entiti politik untuk sampai ke sasaran audiens.
Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan akaun Facebook baru-baru ini, ia menjadi tajuk berita utama media.
media
Kebelakangan ini, media-media arus perdana Barat tidak teragak-agak memetik kenyataan seseorang individu atau selebriti dalam Facebook sebagai bahan berita. Bulan lalu, bekas calon Naib Presiden AS, Sarah Palin menulis dalam akaun Facebook kepada sejuta 'rakan-rakannya', membidas penggunaan gambarnya yang berseluar pendek di muka depan sebuah majalah. Jelas, Palin tidak memerlukan agensi perhubungan awam lagi.
Pada Rabu lalu, Facebook melaksanakan kawalan tambahan bagi privasi atau 'bebas dari gangguan atau perhatian awam'. Pengguna Facebook tentu perasan kepada soalan mengenai penetapan arahan pada kerahsiaan butir-butir peribadi yang terpampang semasa membukanya minggu ini.
Kawalan tambahan itu terpaksa dilakukan oleh Facebook setelah menerima banyak kritikan mengatakan syarikat itu tidak cukup sensitif terhadap privasi pengguna. Usaha Facebook sebelum ini menerusi inisiatif Beacon turut dikritik, apabila pengguna mendapati mereka secara tidak semena-mena menjadi 'orang penghubung' bagi servis atau laman-laman web dalam Facebook yang kerap mereka sertai.
Kawalan tambahan ini memberikan pengguna alat yang mudah tetapi lebih berkuasa untuk mengehadkan perluasan maklumat peribadi mereka. Paling signifikan dalam penambahbaikan itu ialah keupayaan untuk mengehadkan sesiapa untuk melihat tulisan atau gambar atau video yang disiarkan oleh pengguna di dalam rangkaian termasuk. Maknanya, tiada lagi sesiapa yang tidak berkenaan (terutama pengiklan) daripada menyalahgunakan maklumat peribadi pengguna.
Dalam konteks ini, sesetengah pejuang privasi berkata, senarai rakan-rakan ini sama sensitif dengan maklumat peribadi kerana dengan meninjau pada senarai rakan-rakan yang dikenali itu pun boleh mendedahkan maklumat sulit.
Mengapa Facebook melakukan perubahan ini? Jawapannya mudah. Ia adalah atas nama perniagaan semata-mata dan elemen utama perniagaan Internet ialah menarik lebih banyak trafik dan mencipta dagangan daripada sekurang-kurangnya satu maklumat yang didedahkan oleh pengguna.
Satu lagi tarikan dalam Facebook ialah permainannya seperti FarmVille - yang secara umumnya begitu mudah dimainkan tanpa perlu banyak berfikir, asalkan rajin 'bercucuk tanam' atau realitinya, menekan tetikus berjam-jam.
Menurut Daniel Lyons menerusi artikelnya dalam Newsweek, permainan FarmVille walaupun mengasyikkan, ia sebenarnya meletakkan pengguna dalam keadaan 'dipergunakan' secara tidak langsung oleh kelompok yang diistilahkan sebagai Scammers.
Facebook meraih keuntungan dengan menjual ruang iklan, sesetengahnya kepada scammers," katanya.

Tuesday, November 24, 2009

Ramai Rakyat Malaysia Tidak Faham Kedudukan Raja-Raja



SHAH ALAM 23 Nov. - Tokoh sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim berkata, ramai rakyat di negara ini tidak memahami kedudukan Raja Berperlembagaan walaupun wujud pindaan Perlembagaan terhadap peruntukan itu sebelum ini. Beliau berkata, walaupun pindaan terhadap kedudukan raja dibuat, ia tidak bermakna kedaulatan raja diserahkan kepada rakyat secara keseluruhannya.


Menurutnya, raja masih mempunyai fungsi penting dalam Perlembagaan melibatkan perkara seperti agama Islam dan menjaga hak serta kedudukan istimewa orang-orang Melayu di bawah fasal 153. Malah, katanya, raja juga turut mempunyai kewajipan memelihara kepentingan orang bukan Melayu yang menjadi warganegara Malaysia.


"Selepas lewat 1957, peranan raja dalam masyarakat mengalami pindaan. Kalau sebelum tahun 1957 raja mempunyai kuasa mutlak, akan tetapi untuk mewujudkan negara bangsa sebahagian kedaulatan raja itu dipindahkan kepada rakyat. Ini kerana dalam sistem demokrasi ia membawa maksud 'kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat'. Bagaimanapun, ramai orang Malaysia tidak memahami bahawa walaupun kedudukan raja dari segi perlembagaan telah dipinda, bukan keseluruhan kedaulatannya diserahkan kepada rakyat.


"Ini kerana raja masih mempunyai fungsi penting sebagai ketua agama Islam, menjaga kedudukan istimewa orang Melayu. Satu aspek lagi yang jarang disebut adalah raja juga ada kewajipan memelihara kepentingan orang bukan Melayu kerana raja adalah ketua kepada semua warganegara Malaysia," katanya.


Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Kedaulatan Raja dan Peranannya Dalam Sebuah Negara Berbilang Bangsa' pada program Wacana Kedaulatan Raja-Warisan Yang Mesti Dipertahankan di Dewan Jubli Perak di sini hari ini. Hadir sama dalam program itu ialah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abdul Wahid serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud.
Dalam pada itu, Kay Kim berkata, berdasarkan keadaan politik negara yang sering memperlihatkan keadaan tidak stabil, kemungkinan besar rakyat sudah mula berharap ada satu 'pihak' yang boleh memainkan peranan sebagai pengimbang kuasa. Maka, katanya, raja perlu lebih pro-aktif berperanan sebagai 'pihak' tersebut bukan untuk menyebelahi mana-mana bahagian tertentu, tetapi menjamin kecekapan serta kestabilan di antara kehakiman, perundangan dan eksekutif di negara ini.


Malah menurutnya lagi, peranan raja juga adalah untuk memastikan tidak wujud campur tangan di antara tiga badan itu."British pada lewat abad ke-19 mengakui peranan raja sangatlah penting dalam masyarakat tempatan.


Tanpa raja, 'the people will be just a mob' (rakyat akan menjadi seperti samseng)," ujarnya.

Senarai Laman Web Penting Pengajian Am 1


PERLEMBAGAAN MALAYSIA



SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA



PEJABAT PERDANA MENTERI

PEJABAT PEGUAM NEGARA
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
MULTIMEDIA SUPER CORIDOR
SATU MALAYSA


Surat dari PPD

Aku tidak tahu mahu cakap apa. Pagi ini aku didatangi oleh Tuan Dr.Suntik Tuin bersama beberapa orang Staff PPD Kuala Penyu menyampaikan Sur...