Friday, November 13, 2009

Tips Menjawab Soalan Pengajian Am Kertas 2

BAHAGIAN A & B ( karangan 25 markah )

1. Semua soalan karangan minta calon tulis 4 idea dengan huraian/penjeasan idea.

2.Bentuk soalan 1 lapis, 2 lapis atau 3 lapis.

3.Isu / persoalan yang biasa ditanya ialah tentang masalah yang dihadapi oleh masyarakat di Malaysia. Cth : masalah jenayah, masalah kesihatan, masalah pendidikan, masalah perpaduan, masalah kemalangan, penemuan teknologi baru dalam bidang pertanian, sains perubatan, dll.

4. Jumlah perkataan tidak lebih daripada 350 patah perkataan.

5.Jangan tulis idea / isi yang sama berulang-ulang.

6.Guna bahasa Malaysia yang betul dan pengunaan istilah saina yang tepat.

BAHAGIAN C ( Petikan Teks 20 markah )

1. Baca dan fahamkan kandungan petikan teks.
2. Soalan (i) tulis jawapan "satu ayat" yang original bukan tiru ayat petikan.
3. Soalan (ii) tulis jawapan tidak lebih 50 patah perkataan dan mesti ada 2 isi.

BAHAGIAN D ( Melukis Graf / Carta : 15 markah )

1. Baca dan fahamkan kehendak soalan.
2. Garis angkubah / kata kunci soalan yang terdapat dalam petikan.
3. Jangan lupa buat jadual.
4. Jangan lupa lukis graf/carta yang diminta oleh soalan.
5. INGAT : tajuk utama di bahagian atas graf, skala untuk graf bar kompaun / graf bar komponen ( graf bar, graf garis, graf piramid )Nisbah Jejari / Jejari untuk Carta Pai (Carta Pai Tunggal, Carta Pai Bandingan, Carta Pai Bertingkat).
6. Mesti ada petunjuk.
7. Jangan lupa tulis sumber di bahagian bawah sebelah kanan pandangan anda.

BAHAGIAN E ( Mentafsir Data / Carta Aliran: 15 markah )
1. Jenis pola ( meningkat, menurun, tidak konsisten, konsisten)
2. Jenis Perbandingan Pola ( Tertingi - Terendah )
3. Alasan / sebab yang mempengaruhi perubahan pola perlu sesuai / lojik dengan data.
4. Untuk carta aliran : 2 jenis ( terikat dan bebas ) ikut anak panah.

1 comment:

  1. cikgu, saya pelajar upper 6 tahun 2011, sy tlah menduduki kertas P.A 2 pada hari ini, namun, timbul kerisauan pada diri kerana saya mungking terlupa untuk menulis nombor soalan pada kertas jawapan saya, saya runsing tidak akan diberikan markah langsung, saya terlupa menulis nombor soalan bahagin c , d , dan e kerana terlalu mengejar masa…adakah markah yang akan ditolak banyak, atau tidak akan diberi markah langsung TT…….

    ReplyDelete