Wednesday, May 26, 2010

KEPUTUSAN STPM SABAH MENINGKAT

KOTA KINABALU: Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Malaysia (STPM) bagi tahun 2009 di Sabah yang diumumkan kelmarin menunjukkan peningkatan sebanyak 1.68 peratus iaitu 90.13 peratus berbanding tahun 2008 yang hanya 88.45 peratus.
Penurunan jumlah pelajar tidak menjejaskan peratusan kelulusan para pelajar, dicatatkan bahawa jumlah pelajar yang menduduki STPM pada tahun 2008 ialah 5,802 berbanding tahun 2009 iaitu 5,756 sahaja.
Timbalan Pengarah Sabah, Hajah Maimunah Binti Haji Suhaibul berkata antara subjek yang memperolehi peningkatan pada tahun ini adalah Seni Visual, Pengajian Am, Syariah, Sains Sukan dan Bahasa Malaysia.
Bagi tahun 2009, sebanyak 11 sekolah di Sabah telah mencapai kelulusan 100 peratus antaranya SMK Benoni Papar, SMK Kota Klias Beaufort, SMK Tengilan Tuaran, SMK Agama Mohamad Ali Ranau, SMK Tiong Hua Sandakan, SMK Keningau 11 Keningau, dan SMK Muhibbah Sandakan.
Sembilan pelajar aliran sastera yang mendapat Purata Nilai Gred Kumalatif (PNGK) yang cemerlang antaranya Norzellah Binti Asim dari SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Ivy Chia Pui Ying dari SMK Tawau, dan Muh Rasmin Bin Mohd Ramli juga dari SMK Tawau.
Manakala bagi aliran sains pula, dicatatkan seramai dua pelajar sahaja yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumalatif (PNGK) cemerlang iaitu Stephanie Kong Yon Yee dari Sekoleh Tinggi Kota Kinabalu dan Khor Jia Hui dari SM Ken Hwa Keningau.
Pelajar cemerlang bagi calon istimewa (rabun) adalah Masmin Bin Mensih dari SMK Batu Sapi, Sandakan. Beliau Berjaya memperolehi Purata Nilai Gred Kumalatif (PNGK) sebanyak 3.17 dan menerima Anugerah cemerlang dari Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Monday, May 24, 2010

TASKA : Keperluan Ibu Bapa Bekerja



Antara manfaat mewujudkan taska di tempat kerja ialah ibu-ibu boleh menumpukan sepenuh perhatian pada kerja. Ibu-ibu tidak perlu lagi memikirkan anak-anak dan rumah tangga ketika sedang bekerja. Mereka juga tidak perlu lagi mengambil cuti apabila pengasuh lari,sakit atau berhenti. Pendek kata, dengan adanya ibu dan anak di bawah satu bumbung, produktiviti ibu di tempat kerja akan meningkat.
Keselamatan anak-anak juga lebih terjamin dengan adanya taska di tempat kerja. Aktiviti taska sememangnya dirancang supaya sesuai dengan tumbesaran anak-anak dari segi jasmani dan rohani. Sekiranya anak-anak ditinggalkan bersama pengasuh, pelbagai kemungkinan buruk boleh berlaku. Buktinya, kita sering mendengar bayi atau anak-anak diberikan ubat tidur dan didera oleh pengasuh. Dengan adanya taska di tempat ibu bekerja, perkara buruk ini dapat dielakkan.
Kesukaran menysusukan anak dengan susu ibu merupakan masalah yang sering dihadapi oleh ibu-ibu bekerja. Pakar kanak-kanak seperti Prof.Abdul Hamid Arshat sering menekankan kepentingan member susu ibu kepada bayi. Susu ibu dapat membantu anak-anak membesar dengan sempurna dan mengukuhkan system pertahanan badan. Dengan adanya taska di tempat kerja, ibu dapat menjenguk dan menyusukan anak mereka. Kesannya, hubungan antara anak dengan ibu akan lebih erat.

Masalah penjagaan anak akan menimbulkan konflik dalam rumah tangga. Ada isteri yang didesak oleh suami agar berhenti kerja kerana tidak sanggup melihat anak mereka terabai.
Oleh itu, penubuhan taska di tempat kerja dapat mengatasi masalah ini. Wanita perlu membuktikan bahawa mereka mampu menjadi ibu, isteri dan pekerja yang Berjaya pada masa yang sama.

Kesimpulannya, penubuhan taska di tempat kerja membawa pelbagai manfaat. Si anak beruntung kerana mendapat jagaan yang sempurna, manakala si ibu memperoleh faedah kerana masih dapat b
erbakti kepada negara.

kembali

Sunday, May 23, 2010

Pelaksanaan AFTA Beri Kesan Positif Kepada Peniaga

KUALA LUMPUR 5 Mei - Pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang mula dilaksanakan pada tahun 1993 telah memberi kesan positif kepada peniaga terutama dalam konteks pemasaran produk di peringkat global.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mukhriz Mahathir berkata, sejak perjanjian itu dilaksanakan kerajaan mendapati mereka lebih mudah untuk memasarkan produk masing-masing khususnya di rantau ASEAN tanpa melalui banyak sekatan.
''Kerajaan mendapati pelaksanaan AFTA sebenarnya berjaya mewujudkan kumpulan peniaga di negara ini yang lebih kompetitif dan barangan yang mereka hasilkan juga amat berkualiti. Ini semuanya bertujuan memudahkan produk mereka dipasarkan. ''Pelaksanaan perjanjian ini juga telah mewujudkan tahap persaingan yang sihat antara peniaga selain membolehkan mereka mendapatkan bahan mentah dengan kadar yang lebih murah dari negara ASEAN lain," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Azian Osman pada sidang Dewan Negara hari ini.
Mukhriz berkata, hasil daripada perjanjian berkenaan, ASEAN kini merupakan destinasi eksport terbesar bagi negara.''Pada tahun 2008 dan 2009 pasaran ASEAN telah menyumbang sebanyak 26 peratus perdagangan barangan global bagi negara kita. Semuanya adalah hasil pelaksanaan GST," katanya.
Menjawab soalan tambahan Azian, Mukhriz berkata, Malaysia tidak menghalang kemasukan barangan dari negara ASEAN pada harga yang murah walaupun ada kebimbangan akan berlaku lambakan.
''Apabila kita memberi komitmen untuk menyertai AFTA, kita harus membenarkan kemasukan barangan dari negara ASEAN meskipun harganya lebih murah. Cuma kita boleh ambil tindakan jika barangan itu mendapat subsidi dari negara asal atau tidak berkualiti.''Mahu tidak kita mahu kita terpaksa bersaing dengan produk-produk ASEAN. Atas sebab ini kita sentiasa memastikan barangan yang dihasilkan oleh pengusaha kita sentiasa berada pada tahap kualiti terbaik agar kita mampu bersaing," katanya.

Friday, May 21, 2010

APAKAH TAHAP KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI ANDA?

Apakah tahap kemahiran berkomunikasi anda? Adakah baik, perlu diperbaiki ataupun lemah? Untuk menilai diri anda, jawab soalan dalam Ujian Komunikasi di bawah.

UJIAN KOMUNIKASI
Anda diberikan masa selama 20 minit untuk menjawab kesemua 34 soalan. Jawab secara jujur dan spontan.

1. Jika saya menerangkan sesuatu perkara kepada sekumpulan orang, saya akan bertanya kepada mereka sama ada mereka faham atau tidak akan perkara yang ingin saya sampaikan.
A Tidak pernah
B Jarang-jarang
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

2. Orang tidak pernah faham akan perkara yang ingin saya sampaikan.
A Sentiasa
B Kerap C Kadang-kadang
D Jarang-jarangE Tidak pernah

3. Saya dapat menyampaikan idea saya dengan berkesan.A Tidak pernah B Jarang-jarang
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

4. Saya berasa sukar untuk menyampaikan sesuatu maklumat sekiranya orang tidak faham akan perkara yang saya cakapkan.
A Sentiasa
B Kerap
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

5. Jika saya tidak memahami sesuatu soalan, saya akan bertanya dengan lebih lanjut.
A Tidak pernah terjadi
B Jarang-jarang terjadi
C Kadang-kadang berlaku
D Kerap berlaku
E Sentiasa terjadi

6. Saya tidak faham akan perkara yang orang lain maksudkan.
A Sentiasa
B Kerap
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

7. Saya mudah untuk memahami perasaan orang lain.
A Tidak pernah
B Jarang-jarang
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

8. Saya berpura-pura mendengar walaupun fikiran saya melayang jauh.
A Sentiasa
B Kerap
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

9. Saya susah untuk meluahkan perasaan.
A Sentiasa
B Kerap
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

10. Jika saya mempunyai sesuatu perkara yang penting dan relevan untuk diperkatakan dalam satu perbualan, saya akan menyampuk.
A Sentiasa
B Kerap
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

11. Saya boleh membaca mood seseorang ketika dia bercakap.
A Tidak pernah
B Jarang-jarang
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

12. Sekiranya saya tahu apa-apa yang ingin ditanyakan kepada saya, saya akan terus menjawab walaupun orang tersebut belum habis bertanya.
A Sentiasa
B Kerap
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

13. Saya terlalu memikirkan perkara yang ingin saya sampaikan sehingga saya tidak peduli akan perasaan atau reaksi pendengar saya.
A Sentiasa
B Kerap
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

14. Kelemahan saya bukan urusan orang lain dan lebih baik bagi saya untuk menyembunyikannya daripada diketahui oleh orang ramai.
A Tidak pernah
B Jarang-jarang
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

15. Sekiranya saya bersalah, saya tidak akan teragak-agak untuk mengakui kesalahan saya.
A Tidak pernah
B Jarang-jarang
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

16. Satu cara yang paling baik untuk orang lain memahami diri saya adalah dengan cara berterus terang tentang apa-apa yang saya rasa dan fikirkan.
A Tidak pernah
B Jarang-jarang
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

17. Jika sesuatu perbualan itu menjadi terlalu peribadi, saya akan cuba menukar topik.
A Sentiasa
B Kerap
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

18. Sekiranya saya sedar saya melukakan hati seseorang, saya akan cepat-cepat meminta maaf.
A Tidak pernah
B Jarang-jarang
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

19. Saya akan mempertahankan diri saya sekiranya saya dikritik.
A Sentiasa
B Kerap
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

20. Sekiranya saya marah dan seseorang bertanya sama ada saya marah atau tidak, saya akan mengaku.
A Tidak pernah
B Jarang-jarang
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

21. Saya cenderung untuk membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara.
A Sentiasa
B Kerap
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

22. Sekiranya saya berbual dengan seseorang, saya mencuba untuk meletakkan diri saya di tempat orang itu.
A Tidak pernah
B Jarang-jarang
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

23. Jika seseorang itu menghadapi kesukaran untuk mencari sesuatu perkataan untuk dikatakan, saya bersedia untuk menyambung apa-apa yang ingin disampaikan.
A Sentiasa
B Kerap
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

24. Orang di sekeliling berkata saya bercakap dengan nada yang tinggi, tetapi saya tidak menganggap sedemikian.
A Sentiasa
B Kerap
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

25. Saya selalu bercakap dengan tidak terburu-buru.
A Tidak pernah
B Jarang-jarang
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

26. Saya mempunyai satu firasat yang orang lain berasa tidak selesa dengan kehadiran saya.
A Sentiasa
B Kerap
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

27. Saya berminat dengan apa-apa yang ingin diperkatakan oleh orang lain.
A Tidak pernah
B Jarang-jarang
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

28. Saya berasa kecewa apabila orang lain tidak bersependapat dengan saya terutama sekali jika orang tersebut tidak melalui situasi yang saya lalui.
A Sentiasa
B Kerap
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

29. Jika saya mengkritik, saya akan pastikan saya mengkritik perbuatan seseorang itu, bukan mengkritik individu tersebut.
A Tidak pernah
B Jarang-jarang
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

30. Saya mampu menyelesaikan sesuatu masalah tanpa rasa marah.
A Tidak pernah
B Jarang-jarang
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa31. Saya sedar tentang status emosi saya dalam sesuatu perbualan.A Tidak pernah B Jarang-jarang C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

32. Saya cuba mengelak untuk membincangkan perkara yang sensitif.
A Sentiasa
B Kerap
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

33. Saya boleh bersemuka dengan orang yang melukakan perasaan saya.
A Tidak pernah
B Jarang-jarang
C Kadang-kadang
D Kerap
E Sentiasa

34. Saya cuba mengelak untuk meluahkan perasaan tidak setuju saya terhadap sesuatu perkara kerana saya tidak mahu dimarahi.
A Sentiasa
B Kerap
C Kadang-kadang
D Jarang-jarang
E Tidak pernah

Kira jumlah markah yang anda peroleh.A 1 markahB 2 markahC 3 markahD 4 markahE 5 markahLihat dalam kategori mana anda berada. Terdapat 3 kategori, iaitu:Kategori A: Markah anda di antara 136 - 170Kategori B: Markah anda di antara 99 - 135Kategori C: Markah anda di antara 34 - 98Sila klik di sini (RUANGAN MUAT TURUN) bagi mendapatkan jawapan dan penjelasan bagi setiap kategori. Diharapkan dengan mengenal pasti tahap kemahiran berkomunikasi anda, peluang untuk maju dalam kerjaya anda bertambah cerah. InsyaAllah.

SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA

Latar Belakang

Ciri Negara Berbentuk Persekutuan Seperti Malaysia
penyatuan beberapa buah negerimempunyai sebuah kerajaan persekutuanterdapat beberapa buah kerajaan negeri menjalankan tugas mengikut kuasa peruntukan perlembagaan Bidang kuasa persekutuan adalah pertahanan, keselamatan, kerakyatan, pilihanraya, kewangan, perniagaan, perdagangan dan perusahaan, pelajaran, kesihatan dan pengangkutanBidang kuasa negeri adalah undang-undang islam, tanah, pertanian dan perhutanan, kerajaan tempatan, perkhidmatan tempatan, kerajaan negeri, cuti dan undang-undang negeriBidang kuasa bersama adalah biasiswa, Taman Negara, perancangan bandar dan wilayah, penjagaan haiwan, kesihatan dan kebersihan awam, parit dan tali air, hiburan awam dan perhubungan
merupakan kaedah penyatuan dan menyatupadukan wilayah yang wujud berasinganhubungan kerajaan pusat dan negeri harusnya terpeliharamewujudkan kestabilan dan mengurangkan perbalahan etnik
Bagaimana Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Menjalankan Pentadbiran Masing-Masing

Kerajaan Persekutuan diperuntukkan kuasa yang luas melalui perlembagaan pentadbiran meliputi perkhidmatan ekonomi, sosial, keselamatan dan pendidikan kuasa eksekutif terletak diatas Yang Di Pertuan Agongkabinet menjalankan kuasa eksekutif yang di pegang Yang Di Pertuan Agongkabinet diketuai oleh Perdana Menteri

Kerajaan Negeri diperuntukkan kuasa eksekutif oleh perlembagaankuasa eksekutif terletak diatas Raja atau yang Di Pertuan AgongMenteri Besar atau Ketua Menteri dilantik oleh Raja atau Yang Di Pertuan Negeri daripada ahli Dewan Undangan NegeriMajlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), Majlis Tertinggi Sarawak dan Kabinet Sabah menjalankan dasar pentadbiran negara pada peringkat negeritiga orang pegawai (ex-officio) terlibat dalam pentadbiran negeri ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri

Kerajaan Negeri
Pemilihan Ketua-Ketua Negeri Beraja
Negeri Sembilan Darul Khusus
Yang Di Pertuan Besar dipilih oleh lima orang pembesar negeri iaitu Undang Sungai Ujung, Undang Jelebu, Undang Johol, Undang Rembau dan Tuanku Besar Tampin,
Perak Darul Ridzuan

Sultan dipilih secara bergilir-gilir antara ketua tiga buah keluarga iaitu keluarga baginda Sultan, keluarga Raja Muda dan keluarga Raja Di Hilir
Negeri-Negeri Lain

Kebiasaanya Sultan/Raja yang mangkat digantikan oleh anak sulung lelaki baginda seperti Raja Muda/Tengku Mahkota dan pewarisan juga bergantung kepada Lembaga Kesultanan Negeri seperti Majlis Kerajaan Kelantan, Dewan Negara Perak, Jemaah Pangkuan negeri Trengganu dan Jemaah di Raja Johor
Raja/Sultan/Yang Di Pertuan Besar
jawatan yang dipegang oleh Raja/Sultan.YDP, berkuasa untuk memerintah mengikut nasihat Menteri Besar/ Ketua Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan mengikut perlembagaan negeri
dipilih mengikut perlembagaan negeri atau berdasarkan warisan kerajaansaraan baginda di tanggung oleh Kumpulan Wang yang disatukan diperingkat negerimenjalankan tugas dengan budi bicara dalam hal menolak , membenarkan atau menangguh pembubaran DUNmeminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Rajamelantik pewaris , Permaisuri, Pemangku Raja atau Jemaah Rajameng anugerahkan bintang-bintang.

Tugas Raja/Sultan/Yang Di Pertuan Besar

melantik Menteri Besar berbangsa Melayu, beragama Islam mengikut nasihat pemimpin parti yang menguasai majoriti Dewan Undangan Negeribertindak diatas nasihat Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negerimenjalankan tugas Ketua Agama Negeri mengikut nasihat Majlis Agama Negerimerasmikan sidang pertama setiap penggal Dewan Undangan Negeri dengan memberi titah ucapan di Rajamemanggil dan menangguh dewan persidangan Dewan Undangan Negerimemperkenan rang undang-undang/pindaan perlembagaan negeri yang diluluskan dalam masa 30 hari dengan syarat jika tidak diperkenankan pindaan tetap dianggap lulus selepas 30 haripindaan memerlukan perkenan Yang Di Pertuan Agong jika raja negeri itu menjadi Yang Di Pertuan Agongapabila ditawarkan sebagai Warta Kerajaan barulah undang-undang berkenaan berkuat kuasamelantik Majistret mengikut nasihat Hakim Besar Malayamelantik Mufti dan Penghulu mengikut nasihat Kerajaan Negerimempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri dan mengampuni orang-orang yang disabitkan dengan kesalahan di Mahkamah Syariah dan Mahkamah Awam dinegeri bagindaberkuasa untuk mengampun anak raja dan permaisuri negeri lain
Sekatan Terhadap Kuasa Raja/Sultan/Yang Di Pertuan Besar
tidak boleh mengampuni diri sendiri, anak-anak sendiri dan permaisuri sendiriboleh didakwa di Mahkamah Khas Raja-Raja atas sifat peribadi dalam kes jenayah siviluntuk kes jenayah, apabila dibuat dakwaan oleh Jabatan Peguam Negeri, baginda perlu turun takhta kerajaan kita perbicaraan berlangsungsekiranya dipenjara sehari atau lebih baginda perlu turun takhtaapabila disabitkan kesalahan jenayah, baginda hanya boleh diampuni oleh Majlis Raja-Rajatidak boleh memegang apa-apa jawatan yang berpendapatantidak boleh mengambil bahagian secara aktif didalam perniagaan dan politik

Yang Di Pertua Negeri

dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong mengikut nasihat Perdana Mentericadangan calon dikemukakan kepada Perdana Menteri oleh Kerajaan Negeritempoh penggal berkhidmat adalah 4 tahun dan boleh disambung lantikansaraan ditanggung Kumpulan Wang yang Disatukan (RM135,000 setahun)

Tugas Yang Di Pertua Negeri
melantik Ketua Menteri berbangsa Melayu, beragama Islam mengikut nasihat pemimpin parti yang menguasai majoriti Dewan Undangan Negeribertindak diatas nasihat Ketua Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negerimerasmikan sidang pertama setiap penggal Dewan Undangan Negeri dengan memberi titah ucapan di Rajamemanggil dan menangguh dewan persidangan Dewan Undangan Negerimemperkenan rang undang-undang/pindaan perlembagaan negeri yang diluluskan dalam masa 30 hari dengan syarat jika tidak diperkenankan pindaan tetap dianggap lulus selepas 30 haripindaan memerlukan perkenan Yang Di Pertuan Agong jika raja negeri itu menjadi Yang Di Pertuan Agongapabila ditawarkan sebagai Warta Kerajaan barulah undang-undang berkenaan berkuat kuasamelantik Majistret mengikut nasihat Hakim Besar Malaya / Sabah dan Sarawakmelantik Penghulu mengikut nasihat Kerajaan Negerimempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri dan mengampuni orang-orang yang disabitkan dengan kesalahan di Mahkamah Syariah dan Mahkamah Awam dinegerimenganugerah darjah bintang-bintang

Sekatan Terhadap Kuasa Yang Di Pertua Negeri
tidak boleh mengundi dalam Majlis Raja-Rajaboleh didakwa di Mahkamah Awam atas sifat peribadi dan rasmitidak boleh memegang apa-apa jawatan yang berpendapatantidak boleh mengambil bahagian secara aktif didalam perniagaan dan politikseorang warganegara melalui kuatkuasa undang-undangboleh dipecat oleh Yang di Pertuan Agong setelah satu resolusi pemecatannya diluluskan dengan majorit 2/3 Dewan Undangan

Komponen Dewan Undangan Negeri
terdapat 13 DUN di Malaysia kecuali WP Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajayaterdiri dari dua komponen iaitu Sultan/Raja/YDPB/YDPN dan DUN
DUN mempunyai keistimewaan tersendiri seperti apa-apa prosiding tidak boleh dipersoalkan dimahkamah, ahli DUN tidak boleh didakwa atas apa-apa yang dikatakan dan pengundian yang dibuat didalam DUN dan sesorang tidak boleh didakwa jika menyiarkan persidangan DUN
Kelayakan Menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri
berumur 21 tahun atau lebihbermastautin dinegeri berkenaansempurna akalbukan seorang muflistidak memegang jawatan berpendapatanmenang dalam pilihanraya kawasan DUN
Ahli DUN hanya berhak menyentuh perkara di bawah Senarai Negeri dan Senarai Bersama dalam Perlembagaan Persekutuan

Seseorang ahli DUN boleh meneruskan profesion asal beliau tetapi tidak boleh jika dilantik menjadi Speaker DUN atau ahli EXCO negeri

Pelucutan Jawatan ADUN
apabila sesorang ADUN mengosongkan kerusinya , beliau dilarang bertanding dikawasan berkenaan selama 5 tahun
boleh dilucutkan jawatan atas sebab-sebab gagal menghantar penyata-penyata akaun perbelanjaan kempen pilihanraya kepada SPR dalam masa 31 hari keputusan pilihanraya di wartakan
dihukum penjara di Malaysia melibihi 1 tahun atau didenda melebihi RM 2,000 oleh mahkamah di Malaysia dan tidak diampuni
memperolehi kewarganegaraan asing (mempunyai hak mengundi di negara asing)

Ketua Menteri/Menteri Besar
ketua eksekutif Kerajaan Negerimelaksanakan kuasa ketua eksekutif negeri mesti menang dalam pilihanraya Undangan Negerimendapat sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri dan dilantik oleh Yang Di Pertua Negeri/Raja/Sultanmengetuai Majlis Mesyuarat Negerimengetuai Jentera Pentadbiran Negerimengiringi Raja/Sultan/YDP ke mesyuarat Majlis Raja-Rajamemaklumkan kepada Raja/Sultan/YDP tentang dasar dan hal ehwal dalam negeri

Majlis Mesyuarat Kerajaan
menyerupai kabinet kerajaan Persekutuan, dipanggil kabinet di Sabah, Majlis Tertinggi di Sarawakmengandungi 4 hinga 12 EXCO di Sabah dan Sarawak dipanggil Menteripembentuk dasar negeri yang tertinggi dan badan pemerintahahli majlis tidak boleh menjalankan pekerjaan/profesion asal merekamengandungi 3 ahli pegawai kerajaan (ex-officio) SUK, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undangketiga-tiga pegawai boleh mengambil prosiding didalam DUN tetapi tidak berhak untuk mengundidi Sabah dan Sarawak , ketiga-tiga pegawai tidak berhak menghadiri sidang DUN

Tugas-tugas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
bertanggungjawab kepada DUNmembuat dasar-dasar kerajaan negerimentadbir kerajaan negerimenggubal undang-undangmenguruskan hal rizab orang Melayu, permit dan lesen perlombonganpindah milik tanahharta karun yang dijumpaimengeluarkan lesen membalak dan konsesi balakbertanggungjawab kepada perkhdimatan pasar, lesen hiburan, melaksanakan projek perumahan,menyediakan tanah perkuburan,menyediakan kemudahan jalan, menyediakan bekalan air,mengeluarkan lesen menangkap ikan di sungai, menjalankan pentadbiran perbandaran

Thursday, May 20, 2010

WARGA ASING REBUT PELUANG TERSEDIA

MALAYSIA dikenali di seantero dunia sebagai negara yang kaya dengan sumber hasilnya, mewah sosio ekonominya dan begitu banyak sekali peluang perniagaan untuk diterokai. Buktinya, kajian menunjukkan kebanyakan warga India yang 'hilang' di Malaysia, mengambil peluang bekerja sebagai tukang gunting rambut atau pekerja restoran. Mengapa rakyat tempatan khususnya bumiputera tidak merebut peluang untuk membuka perniagaan gunting rambut?
Memang bunyinya agak lucu tetapi jika diamati, di mana-mana sahaja kawasan, daerah atau negeri, majoriti tukang gunting rambut adalah orang India, yang rata-ratanya berasal dari India, Bangladesh atau Sri Lanka. Orang Melayu atau bumiputera sendiri pun suka pergi ke kedai gunting rambut bangsa asing ini. Mungkin kerana tiada kedai gunting rambut orang Melayu atau adakah orang Melayu tidak pandai menggunting rambut? Jika dibuat analisis dari segi ekonomi, berapa agaknya jumlah pendapatan terkumpul bagi industri gunting rambut?
Pendatang asing yang tiba ke negara ini sentiasa mencuri peluang yang tidak mahu diambil oleh rakyat tempatan. Pendatang dari negara Indonesia menjual ubat, berniaga pakaian, menjual makanan dan terlibat secara aktif dalam bidang pembinaan. Pendatang dari negara Pakistan pula menjual karpet, sejadah dan peralatan untuk orang Islam. Manakala pendatang dari negara India memonopoli perniagaan nasi kandar, restoran 24 jam, kedai gunting rambut dan sebagainya. Sebahagian daripada mereka yang mendapat taraf Penduduk Tetap telahpun menjadi taikun, kaya raya atau istilah popular - 'jutawan senyap'.
Kos sara hidup yang terus menekan ketika ini sewajarnya membuka mata orang Melayu untuk terlibat secara aktif di dalam perniagaan. Sudahlah orang Cina sejak dahulu menguasai ekonomi, ditambah pula dengan pendatang asing, maka apa lagi yang tinggal untuk orang Melayu? Majoriti masyarakat Melayu suka memilih kerja makan gaji dan menjadi masyarakat pengguna. Ramai orang Melayu memilih untuk menjadi guru, doktor, jurutera dan pelbagai profesion profesional yang lain. Tahniah untuk itu. Tetapi terfikirkah kita, jawatan-jawatan tersebut telah mencapai tahap 'tepu'. Kebanyakan jawatan tersebut telah dipenuhi dan semakin kurang penawarannya kepada mahasiswa yang bakal bergraduat. Tahun demi tahun pula, jumlah graduan semakin bertambah. Akhirnya 'penganggur terhormat' terhasil.
Bagi anak Melayu yang berjawatan profesional seperti jurutera dan akauntan pula, mereka ini akan memenuhi kerja di syarikat asing dan bangsa asing. Berapa pula syarikat milik Melayu yang mampu mengambil pekerja profesional dari kalangan anak Melayu? Bagaimana pula dengan kuasa membeli masyarakat Melayu? Adakah sekadar membeli tanah dan aset di pinggir kampung sahaja? Siapa pula yang menduduki rumah-rumah dan bangunan kedai mewah di Kuala Lumpur dan Shah Alam?
Status mencapai negara maju pada tahun 2020 hanya tinggal 10 tahun lagi dari sekarang. Jika perkara-perkara ini tidak diperhalusi dan diambil berat, ditakuti masyarakat Melayu akan hanya menjadi masyarakat terpinggir ketika Malaysia berada di ambang negara maju. Cubalah perdengarkan lagu 'Anak Kecil Main Api' dari sekarang agar ia mampu dijadikan pembakar semangat dan membuka jalan bagi kita meneruskan perjuangan agama, bangsa dan negara. ( Dipetik daripada Utusan Malaysia 15 Januari 2010 : Sharul Azlan maulod)

PANDUAN MENULIS ESEI

Peperiksaan Percubaan STPM yang baru anda hadapi membuktikan bahawa ramai pelajar tidak mahir dalam membina esei. Cikgu risau kerana kelemahan dalam membina esei akan mengurangkan markah anda semua. Cikgu harap sedikit panduan di bawah ini akan memantapkan lagi esei yang akan anda buat dalam peperiksaan STPM sebenar.Langkah pertama ialah para pelajar perlu memahami kehendak soalan. Kesilapan dalam memahami kehendak soalan menyebabkan anda memberikan idea yang tidak relevan yang menyebabkan anda kehilangan banyak markah.Langkah kedua ialah para pelajar perlu memberi idea lebih daripada 4 idea. Jika anda memberi lebih 4 idea akan memberi peluang anda mendapat markah yang baik kerana hanya idea terbaik diberi markah oleh pemeriksa.Langkah ketiga ialah pelajar perlu melihat bentuk soalan. Lazimnya:Bentuk soalan lazimnya meminta - 2 pro + 2 kon, 4 pro ,4 kon. atau 1 + 3 kon. Lihat kata kunci seperti sejauhmanakah, bincangkan, jelaskan dan sebagainya.Langkah keempat ialah para pelajar harus ingat bahawa penggunaan bahasa yang betul dan tepat amat penting untuk pemberian markah dari segi bahasa. Kesilapan yang berulang dari segi ejaan boleh menjejaskan markah anda. Struktur ayat yang salah juga boleh menjejaskan markah.Langkah kelima ialah pastikan anda mempunyai idea dalam baris pertama perenggan isi. Ayat untukhuraian janganlah sesuatu yang pendek atau terlalu ringkas menyebabkan ia seolah-olahtergantung. Contoh boleh diberi pada mana-mana huraian. Contoh haruslah tepatatau spesifik. Panjang perenggan yang ideal adalah antara 50-60 patah perkataan.Ingat! Kata berganda dan kata nama dikira sebagai 1. Contoh: Universiti PutraMalaysia (dikira sebagai 1 bukannya 3). Contoh: rama-rama( dikira sebagai 1bukannya 2)
Perenggan 1:
• Pengenalan - Beri definisi/tafsiran atau konsep berdasarkan soalan di atas.Jelaskan secara ringkas tetapi tepat dalam 30-40 patah perkataan. Jangan beri ideautama di sini kerana ia tidak akan diberi markah.
Perenggan 2,3,4 dan 5 :
• Idea utama, huraian dan contoh - Baris pertama haruslah ada idea utama didalamnya. Ayat seterusnya haruslah merupakan huraian yang menjelaskan idea tadi.Beri 3-4 huraian yang bernas.Kemukakan contoh yang relevan. Berilah ayatpenegasan dalam baris yang terakhir dalam perenggan tersebut. Perlu adakesinambungan idea pertama ke idea seterusnya dengan menggunakan perkataan yangsesuai untuk memulakan perenggan anda.
Perenggan 6:
• Perenggan penutup - Anda membuat kesimpulan terhadap keseluruhan dan andajuga boleh memcadangkan sesuatu sekiranya ia bukanlah idea kepada soalan.
Ingat
1. Pembacaan anda haruslah meluas2. Buat latihan dengan memberi satu jangkaan kepada diri anda3. "Time" masa anda menjawab supaya anda tidak terbabas dari masa sepatutnyakerana ia akan mengambil masa dari bahagian lain.4. Baca semula untuk melihat sekiranya ada kesilapan.