Thursday, May 20, 2010

PANDUAN MENULIS ESEI

Peperiksaan Percubaan STPM yang baru anda hadapi membuktikan bahawa ramai pelajar tidak mahir dalam membina esei. Cikgu risau kerana kelemahan dalam membina esei akan mengurangkan markah anda semua. Cikgu harap sedikit panduan di bawah ini akan memantapkan lagi esei yang akan anda buat dalam peperiksaan STPM sebenar.Langkah pertama ialah para pelajar perlu memahami kehendak soalan. Kesilapan dalam memahami kehendak soalan menyebabkan anda memberikan idea yang tidak relevan yang menyebabkan anda kehilangan banyak markah.Langkah kedua ialah para pelajar perlu memberi idea lebih daripada 4 idea. Jika anda memberi lebih 4 idea akan memberi peluang anda mendapat markah yang baik kerana hanya idea terbaik diberi markah oleh pemeriksa.Langkah ketiga ialah pelajar perlu melihat bentuk soalan. Lazimnya:Bentuk soalan lazimnya meminta - 2 pro + 2 kon, 4 pro ,4 kon. atau 1 + 3 kon. Lihat kata kunci seperti sejauhmanakah, bincangkan, jelaskan dan sebagainya.Langkah keempat ialah para pelajar harus ingat bahawa penggunaan bahasa yang betul dan tepat amat penting untuk pemberian markah dari segi bahasa. Kesilapan yang berulang dari segi ejaan boleh menjejaskan markah anda. Struktur ayat yang salah juga boleh menjejaskan markah.Langkah kelima ialah pastikan anda mempunyai idea dalam baris pertama perenggan isi. Ayat untukhuraian janganlah sesuatu yang pendek atau terlalu ringkas menyebabkan ia seolah-olahtergantung. Contoh boleh diberi pada mana-mana huraian. Contoh haruslah tepatatau spesifik. Panjang perenggan yang ideal adalah antara 50-60 patah perkataan.Ingat! Kata berganda dan kata nama dikira sebagai 1. Contoh: Universiti PutraMalaysia (dikira sebagai 1 bukannya 3). Contoh: rama-rama( dikira sebagai 1bukannya 2)
Perenggan 1:
• Pengenalan - Beri definisi/tafsiran atau konsep berdasarkan soalan di atas.Jelaskan secara ringkas tetapi tepat dalam 30-40 patah perkataan. Jangan beri ideautama di sini kerana ia tidak akan diberi markah.
Perenggan 2,3,4 dan 5 :
• Idea utama, huraian dan contoh - Baris pertama haruslah ada idea utama didalamnya. Ayat seterusnya haruslah merupakan huraian yang menjelaskan idea tadi.Beri 3-4 huraian yang bernas.Kemukakan contoh yang relevan. Berilah ayatpenegasan dalam baris yang terakhir dalam perenggan tersebut. Perlu adakesinambungan idea pertama ke idea seterusnya dengan menggunakan perkataan yangsesuai untuk memulakan perenggan anda.
Perenggan 6:
• Perenggan penutup - Anda membuat kesimpulan terhadap keseluruhan dan andajuga boleh memcadangkan sesuatu sekiranya ia bukanlah idea kepada soalan.
Ingat
1. Pembacaan anda haruslah meluas2. Buat latihan dengan memberi satu jangkaan kepada diri anda3. "Time" masa anda menjawab supaya anda tidak terbabas dari masa sepatutnyakerana ia akan mengambil masa dari bahagian lain.4. Baca semula untuk melihat sekiranya ada kesilapan.

No comments:

Post a Comment