Wednesday, May 26, 2010

KEPUTUSAN STPM SABAH MENINGKAT

KOTA KINABALU: Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Malaysia (STPM) bagi tahun 2009 di Sabah yang diumumkan kelmarin menunjukkan peningkatan sebanyak 1.68 peratus iaitu 90.13 peratus berbanding tahun 2008 yang hanya 88.45 peratus.
Penurunan jumlah pelajar tidak menjejaskan peratusan kelulusan para pelajar, dicatatkan bahawa jumlah pelajar yang menduduki STPM pada tahun 2008 ialah 5,802 berbanding tahun 2009 iaitu 5,756 sahaja.
Timbalan Pengarah Sabah, Hajah Maimunah Binti Haji Suhaibul berkata antara subjek yang memperolehi peningkatan pada tahun ini adalah Seni Visual, Pengajian Am, Syariah, Sains Sukan dan Bahasa Malaysia.
Bagi tahun 2009, sebanyak 11 sekolah di Sabah telah mencapai kelulusan 100 peratus antaranya SMK Benoni Papar, SMK Kota Klias Beaufort, SMK Tengilan Tuaran, SMK Agama Mohamad Ali Ranau, SMK Tiong Hua Sandakan, SMK Keningau 11 Keningau, dan SMK Muhibbah Sandakan.
Sembilan pelajar aliran sastera yang mendapat Purata Nilai Gred Kumalatif (PNGK) yang cemerlang antaranya Norzellah Binti Asim dari SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Ivy Chia Pui Ying dari SMK Tawau, dan Muh Rasmin Bin Mohd Ramli juga dari SMK Tawau.
Manakala bagi aliran sains pula, dicatatkan seramai dua pelajar sahaja yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumalatif (PNGK) cemerlang iaitu Stephanie Kong Yon Yee dari Sekoleh Tinggi Kota Kinabalu dan Khor Jia Hui dari SM Ken Hwa Keningau.
Pelajar cemerlang bagi calon istimewa (rabun) adalah Masmin Bin Mensih dari SMK Batu Sapi, Sandakan. Beliau Berjaya memperolehi Purata Nilai Gred Kumalatif (PNGK) sebanyak 3.17 dan menerima Anugerah cemerlang dari Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

No comments:

Post a Comment