Monday, May 24, 2010

TASKA : Keperluan Ibu Bapa Bekerja



Antara manfaat mewujudkan taska di tempat kerja ialah ibu-ibu boleh menumpukan sepenuh perhatian pada kerja. Ibu-ibu tidak perlu lagi memikirkan anak-anak dan rumah tangga ketika sedang bekerja. Mereka juga tidak perlu lagi mengambil cuti apabila pengasuh lari,sakit atau berhenti. Pendek kata, dengan adanya ibu dan anak di bawah satu bumbung, produktiviti ibu di tempat kerja akan meningkat.
Keselamatan anak-anak juga lebih terjamin dengan adanya taska di tempat kerja. Aktiviti taska sememangnya dirancang supaya sesuai dengan tumbesaran anak-anak dari segi jasmani dan rohani. Sekiranya anak-anak ditinggalkan bersama pengasuh, pelbagai kemungkinan buruk boleh berlaku. Buktinya, kita sering mendengar bayi atau anak-anak diberikan ubat tidur dan didera oleh pengasuh. Dengan adanya taska di tempat ibu bekerja, perkara buruk ini dapat dielakkan.
Kesukaran menysusukan anak dengan susu ibu merupakan masalah yang sering dihadapi oleh ibu-ibu bekerja. Pakar kanak-kanak seperti Prof.Abdul Hamid Arshat sering menekankan kepentingan member susu ibu kepada bayi. Susu ibu dapat membantu anak-anak membesar dengan sempurna dan mengukuhkan system pertahanan badan. Dengan adanya taska di tempat kerja, ibu dapat menjenguk dan menyusukan anak mereka. Kesannya, hubungan antara anak dengan ibu akan lebih erat.

Masalah penjagaan anak akan menimbulkan konflik dalam rumah tangga. Ada isteri yang didesak oleh suami agar berhenti kerja kerana tidak sanggup melihat anak mereka terabai.
Oleh itu, penubuhan taska di tempat kerja dapat mengatasi masalah ini. Wanita perlu membuktikan bahawa mereka mampu menjadi ibu, isteri dan pekerja yang Berjaya pada masa yang sama.

Kesimpulannya, penubuhan taska di tempat kerja membawa pelbagai manfaat. Si anak beruntung kerana mendapat jagaan yang sempurna, manakala si ibu memperoleh faedah kerana masih dapat b
erbakti kepada negara.

kembali

No comments:

Post a Comment