Saturday, March 5, 2011

Kalau Tidak Mahu Jadi Guru Disiplin



Jika ditanya kepada guru yang baharu bertugas (posting) tentang jenis tugas yang tidak digemari atau paling dielakkan, jawapan yang selalu diberikan tentulah 'GURU DISIPLIN". Pernyataan ini adalah fakta berdasarkan pengalaman saya bertugas sebagai guru sejak tahun 1993.

Malah jika ditanya kepada guru yang sudah lama berkhidmat, hampir 90% akan mengatakan kalau boleh saya tidak mahu pegang tugas guru disiplin. Hakikatnya jawatan guru disiplin yang diwujudkan di sekolah, adalah komponen bidang tugas guru selain mengajar mengikut opsyen mata pelajaran. Malangnya tidak semua guru yang sanggup menerima tugas guru disiplin. Ada guru yang beranggapan pelajar yang merokok, bergaduh, malas buat kerja sekolah, ponteng kelas, buang sampah merata-rata, hanya boleh diurus atau ditegur oleg guru disiplin sahaja.

Akhirnya guru disiplin selalu mengeluh, tension, tidak masuk kelas (disuruh menyiasat kes) buat laporan disiplin, bertengkar dengan pelajar yang melakukan kesalahan. Malah ada kes yang menyedihkan kereta guru disiplin diconteng dengan perkataan-perkataan "lucah". Kereta guru lain bersih dan cantik saja. Mahal pula tu.

Jadi dipendekkan cerita, kalau tidak minat jadi guru disiplin JANGAN jadi guru di sekolah. Jadilah guru sekolah memandu atau guru yang dipinjamkan ke Pejabat Pelajaran Daerah.

No comments:

Post a Comment