Sunday, April 3, 2011

Bakat Mengubah Kehidupan


Rancangan realiti televisyen seperti Akademi Fantasia (AF), Raja Lawak, Mentor dan One In a Million begitu popular di negara ini. Rancangan hiburan ini berjaya menambat hati ramai penonton dari pelbagai peringat umur kanak-kanak sehingga kepada golongan warga emas. Kesan rancangan sedemikian kepada penonton mula menjadi topik perbualan hangat di kedai-kedai kopi, pejabat, jamuan makan malah guru-guru serta pelajar juga tidak ketinggalan berkongsi cerita di dalam kelas.

Rancangan ini dipercayai boleh membawa kesan positif kepada masyarakat, terutamanya kepada golongan muda (remaja) kerana dapat dijadikan batu loncatan oleh mereka untuk Berjaya dalam bidang hiburan. Rancangan Akademi Fantasia (AF) misalnya Berjaya mencungkil ramai bakat baharu dalam bidang nyayian seperti Adam, Stacey, Mawi, Mila, Vince, Adira dan Zahid. Begitu juga jejaka yang memakai nama Black muncul juara rancangan realiti Mentor. Kejayaan anak-anak muda ini berjaya mengubah penampilan diri dan sudah tentulah kehidupan glamour sebagai artis memberi ganjaran yang lumayan setiap kali beraksi dalam rancangan tv serta terlibat dengan konsert hiburan. Pendapatan dalam bidang nyanyian sudah jauh berubah jika dibandingkan dengan zaman Allahyarham Tan Sri P.Ramlee atau tahun 80an dahulu. Gaya hidup Stacey misalnya banyak berubah lantaran bakatnya berjaya dicungkil hasil rancangan realiti hiburan televisyen.

Walau bagaimanapun, setiap program televisyen ada kesan buruknya kepada masyarakat dan remaja. Contohnya dalam tempoh dua jam bermula jam 9.00 malam hingga 11.00 malam, keasyikan menonton rancangan hiburan ini menyebabkan banyak kerja yang tidak siap atau terbengkalai. Pelajar sekolah misalnya, akan lalai dalam menyiapkan kerja sekolah. Demikian juga aktiviti mengundi secara SMS boleh menyebabkan penonton banyak menggunakan wang. Apa tidaknya setiap minggu hantar undian untuk melihat peserta kegemaran terus berada dalam akademi dan menjadi juara.

Apa-apa pun terpulanglah kepada semua penonton. Baik dan buruk aktiviti yang kita lakukan adalah hak masing-masing. Pendapat ini cuma luahan fikiran penulis blog. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment