Friday, April 1, 2011

Jasni Matlani Idola Penulis Muda Negeri Sabah



Apabila saya dijemput menjadi pembimbing program bengkel penulisan yang melibatkan penulis muda dan pelajar sekolah menengah, saya perhatikan ramai pelajar sekolah menengah berminat ataupun tertarik dengan genre cerpen. Mereka tidak segan-silu menyatakan cita-cita hendak menjadi penulis cerpen.

Mereka mahu menjadi seperti A.Samad Said, Shahnon Ahmad, Faisal Therani, Anwar Ridhwan, Nisah Haron, Siti Rahmah G.Ibrahim, S.M.Zakir, Azmah Nordin, Ruhaini Matdarin, dan ramai lagi. Apabila mereka merujuk kepada saya, kebiasaannya mereka berkata, "Saya juga hendak menjadi penulis cerpen seperti cikgu".

Hal ini lumrah dan apabila bidang itu seronok dipelajari, menjanjikan sesuatu serta memberikan kepuasan, akhirnya mendorong merekadia bersungguh-sungguh menghayati dan mempelajarinya.

Begitu juga halnya dengan bidang penulisan cerpen. Bidang penulisan itu menyeronokan dihayati, dipelajari dan menjanjikan sesuatu yang mendorong kita menghayati serta mempelajari dengan penuh minat. Kita pasti teruja dan berusaha bersungguh-sungguh ataupun membabitkan diri dalam bidang penulisan cerpen.

Sudah pasti kita mendekati ataupun mengakrabi dunia penulisan cerpen sepenuh hati dengan cinta dan dengan semangat yang berkobar-kobar. Kita melibatkan diri dalam dunia penulisan cerpen ini dangan penuh keseronokan.

Kita menjadikan bidang penulisan sebagai tempat mencurahkan ilmu, idea dan pengalaman sambil mengharapkan pulangan besar dalam bentuk material. Semuanya bukan mustahil dan dapat direalisasikan.

-Jasni Matlani-

No comments:

Post a Comment